Thursday, April 16, 2009

A Picture Speaks Thousands......

One more picture..........


Apakah yang bermain-main di fikiran anda tatkala menatap gambar di atas buat pertama kali?
Fikirkan sejenak dengan akal waras yang dikurniakan...
Diberitakan para sami dalam gambar di atas telah selamat memeluk Islam...
Betapa universalnya Islam itu sendiri sehingga melampaui batas sempadan kaum dan warna kulit .....
Namun begitu terdapat juga sesetengah pihak (kononnya pembela nasib Melayu) yang cuba membangkitkan polemik perkauman sempit seolah-olah Islam itu hanya milik ekslusif masyarakat melayu disini..betapa jumudnya pemikiran mereka itu atau pun sekadar menangguk di air keruh bagi meneruskan survivor politik mereka?? Hanya jauhari mengenal manikam...
Buktinya lihat sahaja, beberapa minggu yang lalu heboh di dada akhbar dan tv arus perdana tentang seorang berbangsa cina yang memetik sepotong ayat al-Quran untuk tujuan dijadikan tauladan...nah, terus sahaja lelaki cina itu dihentam dan berguni2 laporan polis telah dibuat!!
Apa semua ni??..patutnya kita lah sebagai umat Muhammad yang bertanggungjawab menyebarkan syiar dan panji2 bukannye meruntuhkannya seperti mana runtuhnya kota Melaka....dekati mereka, rapati mereka, tunjukkan keindahan mukjizat al-Quran itu kepada mereka selagi mana mereka tidak memusuhi kita...


1 comment:

  1. btol!!!!studju..apa yang mereka lakukan sebenarnya untuk menunjukan keperihatinan mereka tentang runtuhnya akidah islam pd mereka yang menjerit aku pembela melayu!

    ReplyDelete